Home
Out of stock
RASA LAYAN CURRY FIESTA kembali dengan edisi kedua yang lebih besar dan lebih menarik, kali ini dengan kolaborasi berprestij bersama Jabatan Warisan Negara dalam Festival Cita rasa Warisan @KL sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke 68 tahun.
Setelah kejayaan yang luar biasa pada edisi pertama di Setia City Convention, yang mencatatkan lebih daripada 345,000 pengunjung dan menjadi pesta kari terbesar yang pernah dianjurkan RASA.
Event yang akan berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa dari 12 hingga 16 September 2025 ini, bukan sahaja memperkenalkan pelbagai jenis kari dari pelbagai budaya di Malaysia, tetapi turut menjadi medan untuk mempromosikan warisan budaya dan seni masakan negara sebagai produk pelancongan unggul.
Mengangkat tema “Layan Kari, Rasai Warisan”, festival ini akan menampilkan vendor yang menyajikan pelbagai makanan berasaskan kari serta aktiviti seni budaya yang menghubungkan masyarakat melalui makanan.
Bayaran penuh booth RM900. Pembayaran bertahap dibenarkan iaitu RM450 (50%) dan baki 50% lagi perlu dibayar seminggu sebelum event. Jika gagal, tiada pemulangan wang akan dilakukan oleh penganjur.
Ukuran khemah: 10 kaki x 10 kaki
Material : Kanvas (Khakis Colour)
Kelengkapan:
1 x meja + 2 kerusi
1 plug point (13 Amp)
1 lampu
1 kipas (sharing)
Sumber air berdekatan
***MAKLUMAN : UNIT BOOTH DITENTUKAN OLEH PIHAK URUSETIA
***TIADA PEMULANGAN YURAN JIKA BATAL PENYERTAAN DI SAAT-SAAT AKHIR