Back To Artikel
category
By Aizam Manaf

October 16, 2025

“Beliau Tetap Insan Istimewa Yang Saya Hormati,” – Nubhan Ceraikan Isteri Secara Baik, Mohon Henti Spekulasi

Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad memaklumkan dia dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, telah membuat keputusan untuk berpisah secara baik.

Ia dibuat selepas menilai pelbagai aspek dan mendapati usaha menyelamatkan rumah tangga mereka tidak berhasil.

“Berhubung isu perceraian, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya dan isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.

“Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai aspek dengan penuh hormat dan tanggungjawab. Kami berdua telah berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan perkahwinan ini, namun jodoh kami setakat ini sahaja,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Khamis.

Sebagai individu yang pernah menjadi suri hatinya, Nubhan turut menzahirkan rasa penghargaan terhadap bekas isterinya itu.

“Beliau Tetap Insan Istimewa Yang Saya Hormati,” - Nubhan Ceraikan Isteri Secara Baik, Mohon Henti Spekulasi

“Beliau Tetap Insan Istimewa Yang Saya Hormati,” - Nubhan Ceraikan Isteri Secara Baik, Mohon Henti Spekulasi

“Saya amat menghargai setiap detik dan kenangan yang telah dikongsi bersama Dr. Afifah sepanjang perkahwinan kami. Beliau tetap seorang insan yang saya hormati dan doakan sentiasa dirahmati Allah SWT,” katanya lagi.

Mohon Hentikan Spekulasi, Doakan Yang Baik

Dalam masa sama, penyanyi lagu Cinta Kasih itu memohon agar semua pihak menghormati keputusan mereka dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca perpisahan tersebut.

“Beliau Tetap Insan Istimewa Yang Saya Hormati,” - Nubhan Ceraikan Isteri Secara Baik, Mohon Henti Spekulasi

“Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian yang tidak berasas mengenai punca perpisahan kami.

“Ini adalah perkara peribadi dan saya berharap ia dapat dihormati demi menjaga maruah dan privasi kedua-dua belah pihak serta anak-anak kami.

“Saya juga memohon agar doa yang baik diberikan kepada saya, bekas isteri dan keluarga kami agar kami terus kuat dan diberi ketenangan dalam menghadapi fasa kehidupan yang baru ini.

“Terima kasih atas segala sokongan dan doa yang telah diberikan selama ini,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Nubhan dan Dr. Afifah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai, pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian, peguam syarie yang mewakili Dr. Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir, memaklumkan Nubhan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini.

Kali pertama pada 2017 sebelum rujuk semula, manakala kali kedua berlaku pada Ogos lalu.

Namun, kedua-dua lafaz dan rujuk itu tidak didaftarkan di mahkamah.

“Beliau Tetap Insan Istimewa Yang Saya Hormati,” - Nubhan Ceraikan Isteri Secara Baik, Mohon Henti Spekulasi

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan, dan Afzan Nayille.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nubhan Ahamad