
October 17, 2025
“Perangai Semua Pelik-Pelik…,” – Che Ta Pertimbang ‘Home Schooling’, Demi Keselamatan Aaisyah Dhia Rana
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes disiplin dan jenayah yang berlaku di sekolah sejak kebelakangan ini.
Disebabkan situasi tersebut, Che Ta mengakui sedang mempertimbangkan untuk memilih kaedah pembelajaran di rumah (home schooling) bagi anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana.
Ia difikirkan wajar demi memastikan keselamatan dan ketenangan dirinya sebagai ibu.
“Lepas ni Aisyah sekolah di rumah sahajalah. Tak payah pergi sekolah. Tak tahulah budak sekolah sekarang makan apa.
“Perangai semua pelik-pelik macam monyet, beruk dan ungka,” katanya.
Menurut Che Ta, pembelajaran di rumah dilihat lebih selamat berbanding menghantar anak ke sekolah kerana sikap segelintir murid zaman kini yang semakin membimbangkan.
Katanya lagi, dia juga hanya akan menggunakan khidmat guru wanita untuk mengajar anaknya itu.
“Kita panggil cikgu sahaja datang ke rumah. Itu pun cikgu perempuan. Ibu-ibu zaman sekarang yang ada anak perempuan memang takut sangat.
“Macam-macam hal. Ini hal serius,” katanya menerusi satu hantaran video di TikTok yang kini tular.
Netizen Sokong Cadangan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong pandangan Che Ta selain menyuarakan rasa gusar terhadap gejala salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi.
Ada juga yang mencadangkan agar pihak berkuasa turut memainkan peranan dalam memantau keselamatan di sekolah.
Antara komen netizen termasuklah:
“Betul apa yang Che Ta cakap. Saya cadangkan supaya pondok polis disediakan di setiap sekolah dengan dua anggota bertugas.”
“Kalau kami mampu pun, kami akan pilih home school. Budak-budak sekarang memang menakutkan.”
“Semoga Allah lindung anak-anak kita semua. Setuju Che Ta, kita yang tentukan masa depan anak kita. Janji anak kita berilmu, beradab dan selamat.”
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih dua juta tontonan di TikTok dan terus menjadi perbincangan ramai di media sosial.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Rozita Che Wan