Back To Artikel
category
By Aizam Manaf

October 16, 2025

“Saya Tak Nampak Langsung Perceraian Kedua Ini Akan Berlaku,” – Dr. Afifah Masih Sayangkan Keluarga

Isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengakui tidak menyangka suaminya itu bakal melafazkan cerai buat kali kedua pada Ogos lalu.

Dr. Afifah memaklumkan, dia pernah diceraikan pada 2017 kembali rujuk dan meneruskan bahtera perkahwinan sehingga dikurniakan tiga orang cahaya mata.

“Saya Tak Nampak Langsung Perceraian Kedua Ini Akan Berlaku,” - Dr. Afifah Masih Sayangkan Keluarga

“Saya pernah diceraikan ketika kandungan anak pertama berusia enam bulan. Selepas itu, saya tak nampak langsung perceraian (kedua) ini akan berlaku.

“Saya memang tak jangka,” katanya kepada rakan media ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah.

Ditanya mengenai punca kemelut rumah tangga mereka, Dr. Afifah menyifatkan setiap pasangan pasti melalui pasang surut dalam perkahwinan.

“Saya Tak Nampak Langsung Perceraian Kedua Ini Akan Berlaku,” - Dr. Afifah Masih Sayangkan Keluarga

“Kadang kala, hidup ini ada pasang surutnya. Saya pun tak tahu bagaimana hal ini boleh berlaku tapi saya masih sayangkan keluarga saya,” ujarnya.

Jelas Dr. Afifah lagi, dia dan Nubhan sudah lebih sebulan tidak tinggal sebumbung sejak suaminya melafazkan cerai.

“Saya Tak Nampak Langsung Perceraian Kedua Ini Akan Berlaku,” - Dr. Afifah Masih Sayangkan Keluarga

“Sejak penghujung Ogos lalu, sudah sebulan lebih kami tidak tinggal sebumbung dan sehinggalah sekarang,” kongsinya lagi.

Kes Cerai Kedua Disahkan Di Mahkamah

Terdahulu, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai.

Memetik laporan Berita Harian, peguam syarie yang mewakili Dr. Afifah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir, mendakwa Nubhan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini.

Menurut Akberdin, Nubhan melafazkan cerai kali pertama pada 2017 sebelum kembali rujuk tidak lama selepas itu, manakala perceraian kedua berlaku pada Ogos lalu. Namun, kedua-dua lafaz dan rujuk itu tidak didaftarkan di mahkamah.

“Saya Tak Nampak Langsung Perceraian Kedua Ini Akan Berlaku,” - Dr. Afifah Masih Sayangkan Keluarga

Sekadar informasi, Nubhan dan Dr. Afifah yang juga seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan, dan Afzan Nayille.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Kredit Foto: Instagram Dr. Afifah Tawfek