Back To Artikel
category
By MH

June 27, 2025

“Bila Hati Sembuh, Suara Lebih Jujur” – Azharina Tak Malu Berkongsi, Dedah Titik Balik Emosinya

Penyanyi Azharina Azhar secara terbuka tampil berkongsi sisi peribadinya tentang perjalanan pemulihan jiwa yang dilaluinya bersama figura yang kini dikenali sebagai ‘Dr Healing’, iaitu Dr Hisham Dzakiria.

Dalam sebuah temu bual, Azharina mengakui kehadiran Dr Hisham menjadi ‘turning point’ yang amat bermakna dalam hidupnya, terutama selepas menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran.

“Saya pernah sampai ke tahap terlalu penat secara mental dan emosi. Ramai nampak saya menyanyi, tersenyum atas pentas, tapi hakikatnya saya sedang simpan terlalu banyak luka lama.

“Bila saya sertai sesi dengan Dr Hisham, saya mula menangis tanpa sedar. Rasa macam saya dilepaskan, saya dibebaskan. Itu pengalaman yang saya tak pernah rasa sebelum ini,” ujar Azharina.

Penyanyi lagu Seandainya itu turut menambah, walaupun sinonim dengan menampilkan imej kuat di mata umum, namun manusia tetap rapuh jika emosi tidak dijaga.

Itulah yang membawanya ke sesi bersama Dr Hisham, yang kini mencipta fenomena sebagai jurulatih dan penyembuh emosi dalam kalangan selebriti, korporat, dan masyarakat umum.

Dr Hisham Dzakiria, atau lebih dikenali sebagai Dr Healing, merupakan seorang coach, pendidik, dan pakar transformasi diri yang menggunakan pendekatan holistik menyeluruh merangkumi aspek tubuh, emosi, minda dan jiwa.

Beliau telah membantu ramai individu dari pelbagai latar belakang untuk pulih daripada tekanan hidup, trauma serta krisis identiti.

“Saya tak malu nak cakap saya pun perlukan healing. Dan saya sangat bersyukur ditemukan dengan Dr Hisham.

“Saya doakan lebih ramai orang berpeluang rasa sendiri magis yang beliau bawa,” tambahnya lagi.

Jadi Inspirasi Buat Semua Orang

Bukan sahaja Azharina yang lapang dada bila bercerita mengenai kesejahteraan emosi, malah rakan personaliti hiburan lain turut berkongsi rasa terinspirasi selepas mengikuti sesi coaching bersama Dr Hisham.

Antara program yang dikendalikan Dr Hisham melalui syarikat EcoTwin Step Sdn. Bhd. termasuklah Healing the Inner Child, Impactful Leadership dan Creating Your Own Wave in Business.

Dengan pengalaman luas serta kelayakan akademik termasuk PhD dalam bidang Pembelajaran Sepanjang Hayat dari United Kingdom, beliau terus menjadi rujukan dalam dunia pembangunan insan dan kepimpinan berjiwa.

Kini, dengan keberanian selebriti seperti Azharina yang jujur berkongsi kisah sebenar mereka, masyarakat pastinya akan semakin sedar bahawa kejayaan sejati bukan hanya soal glamor atau kemewahan, tapi juga tentang kedamaian hati dan hubungan tulus dengan diri sendiri.

“Saya kini menyanyi dengan hati yang lebih ringan. Bila hati sembuh, suara kita pun jadi lebih jujur,” katanya yang turut menyifatkan ia satu langkah besar ke arah kehidupannya yang lebih tenang dan bermakna.

Terdahulu pada 5 Jun lalu, Azharina baru saja selesai menjayakan Showcase Azharina & Friends, menyampaikan barisan lagu hitsnya dari dulu hingga kini di YTJT By Milko, Kuala Lumpur.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

The post “Bila Hati Sembuh, Suara Lebih Jujur” – Azharina Tak Malu Berkongsi, Dedah Titik Balik Emosinya appeared first on Media Hiburan.