Back To Artikel
category
By Aizam Manaf

October 17, 2025

“Alhamdulillah Ujian Allah…,” – Ardell Aryana Kongsi Proses Urus Tanam Kaki Ibu, Syukur Semua Dipermudah

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana menzahirkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk turut serta menguruskan proses penanaman bahagian kaki ibunya yang dipotong melalui pembedahan.

Menerusi hantaran di Thread, Ardell merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustazah Aina dan PU Rahmat atas bimbingan mereka dalam menguruskan penanaman anggota tersebut.

Difahamkan kaki ibunya, Sawiyah Abdullah terpaksa dipotong akibat komplikasi diabetes kronik.

“Rezeki hari ini dapat diajar, belajar dan turut bersama dalam menguruskan, bersih cuci serta kafankan bahagian kaki anggota ibuku dengan Ustazah Aina.

“Terima kasih juga Ustaz PU Rahmat sebab bantu saya dan datang sama untuk urusan ini dari forensik, masjid, kafan dan sehingga urusan ditanam,” tulisnya.

Ardell turut memanjatkan rasa syukur kerana proses tersebut dipermudahkan serta menerima bantuan daripada pelbagai pihak yang terlibat.

“Terima kasih buat team pejabat pengurusan dan team Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan sebab sudi bantu saya uruskan kaki ibu saya.

“Galikan tanah untuk tanam kaki ibu saya. Pihak Masjid juga, terima kasih,” kongsinya lagi.

“Alhamdulillah Ujian Allah…,” - Ardell Aryana Kongsi Proses Urus Tanam Kaki Ibu, Syukur Semua Dipermudah“Alhamdulillah Ujian Allah…,” - Ardell Aryana Kongsi Proses Urus Tanam Kaki Ibu, Syukur Semua Dipermudah“Alhamdulillah Ujian Allah…,” - Ardell Aryana Kongsi Proses Urus Tanam Kaki Ibu, Syukur Semua Dipermudah

Sayu Tapi Redha

Dalam masa sama, Ardell mengakui hatinya sayu apabila mengenangkan kaki ibunya yang telah pun selamat dikebumikan.

“Wahai kaki ibuku yang banyak berjasa, terima kasih. Selesai urusan kaki ini di dunia dan telah pun dikembalikan kepada tanah,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar ibu Ardell segera sembuh. Antara komen netizen:

“Syafakillah untuk mak Ardell.”

“Semoga dipermudahkan dan lekas sembuh buat ibu Ardell.”

“Setiap ujian berbalut hikmah InsyaAllah. Moga Allah kurnia sebaik-baik ganjaran untuk Mama Ardell & Ardell asbab sabar dan redha dengan ujian.”

“Semoga mak cepat baik Kak Ardell. Jaga diri tahu. Semoga baik-baik sahaja untuk kak sekeluarga.

Setakat ini, video yang dimuat naik Ardell telah meraih lebih 120,000 tontonan di Thread, sekali gus mengundang pelbagai doa serta ucapan semangat buat keluarganya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini