Back To Artikel
category
By Aizam Manaf

March 30, 2026

“Bila Saya Tengok Bella, Saya Nampak Tun Siti Hasmah…,” – Abang Syed Saddiq

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga pempengaruh, Syed Abdullah tampil mempertahankan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah susulan reaksi kurang senang segelintir pihak apabila dia dibandingkan dengan tokoh negara yang disegani, Tun Siti Hasmah.

Menurut Syed Abdullah, sepanjang mengenali Bella, dia melihat bakal adik iparnya itu memiliki pesona yang hampir sama dengan isteri kepada negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah Syed Abdullah turut menegaskan, orang luar tidak sepatutnya membuat andaian tanpa mengenali Bella secara peribadi.

“Bila Saya Tengok Bella, Saya Nampak Tun Siti Hasmah…,” - Abang Syed Saddiq

“Banyak orang marah bila netizen bandingkan Bella dengan Tun Siti Hasmah.

“Biar saya cakap secara terbuka di sini, sayalah orang itu. Bila saya tengok Bella, saya nampak Tun Siti Hasmah.

“Awak kenal Bella ke? Ada nombor dia? Awak tahu secara peribadi siapa dia dan betapa kuat dia bekerja?,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Syed Abdullah, atau lebih mesra disapa Space Dollah, menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Keperibadian Bella Dipuji

Dalam masa sama, Syed Abdullah turut meluahkan kekaguman terhadap keperibadian Bella sebagai seorang wanita yang cekal meskipun berdepan pelbagai ujian hidup.

“Bila Saya Tengok Bella, Saya Nampak Tun Siti Hasmah…,” - Abang Syed Saddiq “Bila Saya Tengok Bella, Saya Nampak Tun Siti Hasmah…,” - Abang Syed Saddiq

“Bella bukan sekadar orang luar. Dia seorang adik, kawan, dan keluarga bagi saya. Saya sendiri nampak betapa kuat dia berusaha.

“Rasanya lebih mudah untuk kita mengkritik orang yang kita tak kenalkan?,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, nama Bella sering dibandingkan dengan Tun Hasmah berikutan hubungan rapat antara Syed Saddiq dan Tun Dr. Mahathir.

Malah, sejak awal pembabitannya dalam dunia politik, Syed Saddiq dikenali sebagai protégé serta anak didik kepada mantan Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu.

Syed Saddiq dan Bella telah selamat melangsungkan majlis pertunangan pada 28 Mac lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini.

Sumber & Kredit Foto: Threads Syed Abdullah & Instagram Bella Astillah

Baju

Perfume Pilihan Untuk Aura Lebih Menarik