Back To Artikel
category
By Aizam Manaf

April 3, 2026

Majlis Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq Raih 130 Juta Tontonan, Jadi Acara Paling Ramai Ditonton Setakat Ini

Majlis pertunangan di antara penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 28 Mac lalu mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya meraih hampir 130 juta tontonan merentas pelbagai platform.

Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, Astro Malaysia Holding memaklumkan majlis yang disiarkan melalui rangkaian platform mereka termasuk Astro Ria, Astro Awani, Astro Gempak, ERA (Malaysia), Astro GO dan Sooka berjaya mencatatkan lebih empat juta penonton di seluruh negara.

Sementara menerusi platform digital pula, siaran langsung berkenaan meraih lebih 6.5 juta tontonan sebelum melonjak kepada lebih 121 juta tontonan di media sosial dalam tempoh 24 jam.

Majlis Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq Raih 130 Juta Tontonan, Jadi Acara Paling Ramai Ditonton Setakat Ini

Pencapaian ini sekali gus menjadikannya antara acara paling banyak ditonton pada tahun ini.

Paling mencuri tumpuan ialah ucapan menyentuh perasaan daripada Syed Saddiq yang menggambarkan betapa besarnya perasaan cinta beliau, di samping menghargai ketabahan Bella sebagai seorang wanita dan ibu.

Majlis Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq Raih 130 Juta Tontonan, Jadi Acara Paling Ramai Ditonton Setakat Ini

Momen tersebut nyata mendapat perhatian meluas dan mencetuskan perbualan besar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kukuhkan Reputasi sebagai Peneraju Kandungan

Menurut Naib Pengerusi, Hiburan dan Drama, Raqim Ahmad, pencapaian itu membuktikan kekuatan Astro dalam menyatukan penonton merentas televisyen, digital, radio dan media sosial secara masa nyata.

Majlis Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq Raih 130 Juta Tontonan, Jadi Acara Paling Ramai Ditonton Setakat Ini

Ia sekali gus menyerlahkan reputasi Astro sebagai ‘Attention Company’ dan pendahulu kandungan hiburan tanah air.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bella Astillah dan YB Syed Saddiq atas langkah pertama dalam perjalanan mereka bersama, serta kepercayaan yang diberikan kepada Astro untuk merakam detik penuh bermakna ini.

“Momen ini turut membuktikan kekuatan sebenar kandungan dan ekosistem Astro, di mana kandungan bergerak lancar merentas TV, digital, radio dan media sosial untuk mencipta pengalaman bersatu di seluruh negara.

“Skala penglibatan yang dicapai mencerminkan sejauh mana rakyat Malaysia berhubung dengan kisah ini, sekaligus mengukuhkan keupayaan kami dalam mengangkat detik masa nyata menjadi fenomena budaya,” katanya.

Majlis Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq Raih 130 Juta Tontonan, Jadi Acara Paling Ramai Ditonton Setakat Ini

Malah, Astro turut optimis untuk terus membawakan liputan eksklusif perjalanan pasangan berkenaan, termasuk detik perkahwinan yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Bella Astillah