Back To Artikel
category
By Aizam Manaf

April 3, 2026

“Tuduhan Tidak Benar, Berunsur Fitnah…,” – Syarikat Pengurusan Tampil Bela Alya Iman, Nafi Jadi Punca Perceraian Pasangan Selebriti

Syarikat pengurusan Stars Powerhouse Entertainment, tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan pelakon di bawah naungan mereka, Alya Iman, sebagai punca perceraian pasangan selebriti baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, wakil syarikat berkenaan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang boleh mencalarkan imej serta reputasi artis mereka.

“Stars Powerhouse Entertainment memandang serius penyebaran kenyataan palsu yang mengaitkan artis kami, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan artis yang tular baru-baru ini.

“Tuduhan ini adalah tidak benar, berunsur fitnah, dan menjejaskan reputasi,” tulis pada paparan yang tertera.

Amaran & Tindakan Undang-Undang

Dalam masa sama, pihak Stars Powerhouse Entertainment turut meminta kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab agar menghentikan penyebaran tuduhan tidak berasas tersebut.

“Tuduhan Tidak Benar, Berunsur Fitnah…,” - Syarikat Pengurusan Tampil Bela Alya Iman, Nafi Jadi Punca Perceraian Pasangan Selebriti “Tuduhan Tidak Benar, Berunsur Fitnah…,” - Syarikat Pengurusan Tampil Bela Alya Iman, Nafi Jadi Punca Perceraian Pasangan Selebriti

Mereka turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya perkara itu berterusan selepas ini.

“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

“Hentikan penyebaran serta-merta dan turunkan semua kandungan berkaitan di semua platform,” kongsinya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Stars Powerhouse Entertainment