Back To Artikel
category
By Aizam Manaf

April 3, 2026

“Jika Itu Boleh Baiki Mutu Lakonan, Teruskan…,”- Jadi Idola Para Pelakon Baharu, Beto Kusyairy Tak Pernah Rasa Diri Hebat

Dianggap sebagai antara pelakon tempatan yang versatil, berkarisma serta memiliki aura hero yang kuat, tidak menghairankan apabila nama Beto Kusyairy sering menjadi pilihan sebagai idola dalam kalangan bakat baharu yang ingin menceburi dunia lakonan.

Mengulas perkara tersebut, Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman berkata, dia berbesar hati sekiranya hasil kerjanya selama ini mampu menjadi inspirasi kepada pendatang baharu yang serius berkarya.

“Jika Itu Boleh Baiki Mutu Lakonan, Teruskan…,”- Jadi Idola Para Pelakon Baharu, Beto Kusyairy Tak Pernah Rasa Diri Hebat

“Saya tiada sebarang masalah untuk bekerja dengan pelakon dan pelapis-pelapis baharu. Asalkan mereka serius dengan apa yang mereka mahukan.

“Jika menjadikan saya sebagai idola itu boleh menginspirasikan, menaikkan semangat atau menjadi insiatif untuk mereka memperbaiki mutu lakonan, alhamdulillah. Teruskanlah,” katanya.

Beto berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Gayong 2 di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.

“Jika Itu Boleh Baiki Mutu Lakonan, Teruskan…,”- Jadi Idola Para Pelakon Baharu, Beto Kusyairy Tak Pernah Rasa Diri Hebat “Jika Itu Boleh Baiki Mutu Lakonan, Teruskan…,”- Jadi Idola Para Pelakon Baharu, Beto Kusyairy Tak Pernah Rasa Diri Hebat

Bagaimanapun, Beto tidak pernah meletakkan dirinya di satu tahap berbeza berbanding pelakon lain. Sebaliknya, fokus utamanya adalah untuk terus memperbaiki kualiti lakonan dalam setiap projek yang disertainya.

“Jika Itu Boleh Baiki Mutu Lakonan, Teruskan…,”- Jadi Idola Para Pelakon Baharu, Beto Kusyairy Tak Pernah Rasa Diri Hebat

Dalam masa sama, Beto turut menyambut baik kehadiran pelakon baharu sebagai pelapis industri seni tanah air.

“Namun, saya tidak pernah meletakkan diri saya di situ (menjadi idola). Bukan hak saya juga nak meletakkan diri sendiri sebagai idola kepada orang lain.

“Mereka yang melihat saya sebegitu. Apapun, saya akan tetap menunjukkan sokongan kepada pelapis-pelapis baharu yang punyai potensi.

“Siapa lagi yang nak jadi pengganti kalau bukan mereka,” ujarnya lagi

Terbuka Berlakon Dengan Norreen, Asalkan…

Dalam perkembangan lain, Beto turut mengulas mengenai hantaran di Threads oleh pelakon Norreen Iman yang menyatakan hasrat untuk berlakon bersamanya.

“Jika Itu Boleh Baiki Mutu Lakonan, Teruskan…,”- Jadi Idola Para Pelakon Baharu, Beto Kusyairy Tak Pernah Rasa Diri Hebat

Menurut Norreen, dia tidak kisah walaupun hanya diberikan watak kecil, asalkan impiannya untuk berkongsi layar dengan Beto menjadi kenyataan.

Menjawab perkara itu, Beto berkata dia terbuka untuk bergandingan bersama Norreen sekiranya terdapat naskhah yang menarik daripada pihak pengarah.

“Kalau ada skrip yang menarik, saya tiada masalah. Lagipun saya sudah lama tak terlibat dalam projek romantik komedi,” ujarnya.

“Jika Itu Boleh Baiki Mutu Lakonan, Teruskan…,”- Jadi Idola Para Pelakon Baharu, Beto Kusyairy Tak Pernah Rasa Diri Hebat

Terdahulu, filem Gayong 2 arahan Faisal Ishak bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 April ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini