
January 6, 2026
Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court, Sneakers Nostalgia Game Legenda [REVIEW]
Kolaborasi dalam dunia kasut bukan perkara baharu, tetapi hanya segelintir yang benar-benar berjaya gabungkan cerita, identiti dan fungsi dalam satu rekaan yang boleh dipakai setiap hari. Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court adalah salah satu contoh kolaborasi yang faham apa yang pembeli dewasa mahukan.
Bukan sekadar grafik comel, tetapi kasut yang praktikal, selesa dan masih ada karakter. Skechers memang bukan asing dengan kolaborasi francais besar, dan kali ini mereka melangkah masuk ke Mushroom Kingdom dengan pendekatan yang matang.
Walaupun diinspirasikan daripada dunia Super Mario, rekaan UNO Court ini tidak terlalu kartun. Ia masih kekal sebagai lifestyle sneaker yang sesuai dipakai untuk urusan harian, berjalan jauh atau sekadar lepak hujung minggu.
![Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court, Sneakers Nostalgia Game Legenda [REVIEW] 7 Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court, Sneakers Nostalgia Game Legenda [REVIEW]](https://cdn.maskulin.com.my/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-06-at-12.00.18-PM-e1767672623222.jpeg.webp)
Rekaan Nostalgia Tanpa Terlalu ‘Loud’
Dari segi visual, Skechers UNO Court Super Mario tampil dengan aksen grafik dan warna yang diambil terus daripada permainan ikonik itu, tetapi diletakkan secara terkawal.
Super Mario accents pada upper synthetic memberikan sentuhan nostalgia tanpa membuatkan kasut ini nampak seperti kostum.
![Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court, Sneakers Nostalgia Game Legenda [REVIEW] 9 Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court, Sneakers Nostalgia Game Legenda [REVIEW]](https://cdn.maskulin.com.my/2026/01/8.jpeg.webp)
Ini penting kerana sasaran kasut ini jelas bukan kanak-kanak semata-mata. Ia ditujukan kepada lelaki dewasa yang membesar dengan Mario, tetapi masih mahu kasut yang boleh dipakai dengan jeans, chinos atau jogger tanpa rasa janggal.
Bahagian outsole getah Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court pula memberi cengkaman yang baik, manakala keseluruhan silhouette kekal kemas dan sporty. Ia bukan kasut hype culture, tetapi kasut yang boleh jadi kasut harian.
Keselesaan, Kekuatan Utama Skechers
Di sinilah Skechers biasanya menang dan UNO Court tidak terkecuali. Koleksi Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court ini menggunakan Skechers Air Cooled Memory Foam insole yang memang terkenal dengan rasa empuk dan sokongan sepanjang hari.
Dipadankan dengan Skech Air midsole, kasut ini memberi cushioning yang ringan dan responsif.
Untuk kegunaan harian seperti berjalan lama di bandar, travel atau berdiri berjam-jam, kasut ini memang selesa.
![Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court, Sneakers Nostalgia Game Legenda [REVIEW] 10 Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court, Sneakers Nostalgia Game Legenda [REVIEW]](https://cdn.maskulin.com.my/2026/01/5.jpeg.webp)
Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court bukan kasut performance untuk gym atau larian, tetapi untuk gaya hidup urban, tahap selesanya berada di atas purata sneaker biasa. Pengudaraan juga baik untuk kegunaan kasual, dan tapak kaki tidak cepat rasa panas atau penat.
Selain iterasi karakter Mario, koleksi ini turut menampilkan colorway berbeza mengikut tema warna unik karakter-karakter lainnya seperti Luigi, Bower, Peach dan Toad.
Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court kini boleh didapati di kesemua butik Skechers dan juga laman sesawang rasmi mereka pada harga RM459.
![Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court, Sneakers Nostalgia Game Legenda [REVIEW] 11 Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court, Sneakers Nostalgia Game Legenda [REVIEW]](https://cdn.maskulin.com.my/2026/01/1.webp)
Fungsi dan Kegunaan Harian
Skechers UNO Court Super Mario jelas dibina sebagai lifestyle sneaker, bukan fashion piece semata-mata. Ia sesuai untuk jalan jauh, city walking, casual office yang tidak terlalu formal, travel dan airport wear, serta aktiviti santai hujung minggu.
Dengan binaan yang ringan dan cushioning yang tebal, kasut ini sesuai untuk lelaki yang mahukan keselesaan dahulu, gaya kemudian, tetapi masih mahu sesuatu yang ada personaliti.
Selain UNO Court untuk dewasa, Skechers juga memperluaskan kolaborasi ini ke model lain seperti Foamies Surge dan Max Cushioning Sandals yang hadir dengan Cali Bits, iaitu aksesori watak Mario yang boleh ditukar. Untuk kanak-kanak pula, Skechers menawarkan rekaan seperti Street Mega Quake, Uno Lite dan Foamies Swifters yang lebih playful dan berani.
![Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court, Sneakers Nostalgia Game Legenda [REVIEW] 12 Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court, Sneakers Nostalgia Game Legenda [REVIEW]](https://cdn.maskulin.com.my/2026/01/2.webp)
Namun untuk pembaca Maskulin, Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court ialah bintang sebenar dalam koleksi ini kerana ia paling seimbang antara nostalgia dan kegunaan sebenar.
BACA: Skechers Slip-ins GO RUN Arch Fit 2.0, Kasut Harian & Larian Selesa Penuh Sokongan Klinikal [REVIEW]
Keselesaan dan Rekaan
Skechers x Nintendo Super Mario UNO Court sesuai untuk lelaki yang membesar dengan permainan Mario, mahukan kasut selesa untuk kegunaan harian, tidak kejar hype tetapi menghargai comfort dan design, serta suka sentuhan pop culture yang subtle.
Ia bukan kasut untuk impress orang, tetapi kasut untuk hidup seharian dengan lebih selesa, sambil senyum kecil bila teringat zaman main console dulu. Ringkasnya, ini kolaborasi yang dibuat dengan niat, bukan sekadar tempel logo.
Rating: ⭐⭐⭐⭐☆ (4/5)
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.



















