
June 26, 2025
3 Perkara Penting Perlu Diawasi Pada Kereta Ketika Cuaca Panas Seperti Sekarang
Musim panas ekstrem bukan hanya menguji ketahanan badan kita, tapi juga ketahanan kereta yang kita pandu setiap hari. Dalam cuaca yang makin tak menentu, dari fenomena panas melampau hingga ke hujan lebat, kenderaan memerlukan perhatian yang lebih rapi.
Cycle & Carriage, pengedar sah Mercedes-Benz di Malaysia, tampil berkongsi beberapa tip penting yang praktikal dan relevan dalam menghadapi cuaca panas melampau.
Tip-tip ini dapat membantu anda mengelakkan kerosakan besar serta memastikan kenderaan kekal beroperasi dengan lancar sepanjang masa.
1. Pastikan Cecair Penting Kenderaan Sentiasa Cukup
Seperti tubuh badan manusia yang perlukan air untuk berfungsi, kereta juga memerlukan cecair seperti coolant dan brake fluid untuk kekal dalam keadaan baik.
Dalam keadaan cuaca panas melampau, pemantauan cecair ini menjadi lebih penting bagi mengelakkan kerosakan enjin atau sistem brek.
- Sentiasa periksa paras coolant dan brake fluid.
- Elak biarkan coolant rendah kerana ia boleh menyebabkan enjin terlalu panas (overheat).
- Brake fluid pula jika terlampau panas boleh menyebabkan prestasi brek merosot atau gagal.
Tip ekstra: Simpan sebotol air atau coolant dalam kereta untuk kecemasan. Dan jangan skip servis berkala ikut jadual yang dicadangkan oleh pusat servis bertauliah.
2. Jangan Abaikan Tayar – Kunci Cengkaman dan Keselamatan
Tayar kereta sentiasa terdedah kepada permukaan panas jalan raya dan perubahan cuaca. Bila suhu meningkat:
- Getah tayar boleh jadi terlalu lembut dan cepat haus.
- Struktur tayar mudah hilang bentuk, meningkatkan risiko meletup.
Apa nak buat:
- Sentiasa periksa bunga tayar.
- Jangan berkira untuk tukar tayar bila perlu.
- Gunakan tayar berkualiti dan disyorkan pengeluar, seperti Mercedes Original Tyres dari Cycle & Carriage jika anda pemandu Mercedes.
3. Penjagaan Bateri EV Waktu Panas
Pemilik kereta elektrik (EV) juga tak terkecuali. Cuaca panas beri cabaran besar kepada kesihatan bateri EV:
- Elak guna DC fast charging terlalu kerap kecuali bila perlu.
- Kekalkan tahap cas antara 30% hingga 80%.
- Bila parkir lama, jangan biar EV sentiasa cas penuh.
- Setiap 6 bulan, cuba biar tahap cas turun bawah 20% semalaman untuk bantu kesihatan bateri.
BACA: Tesla Cybertruck vs Lamborghini Aventador, Bila Trak Elektrik Buktikan Kehebatannya!
Jaga Kereta, Jaga Poket
Bila kereta dijaga elok, bukan saja prestasi jadi mantap, tapi poket pun selamat dari belanja repair yang mahal. Sama ada anda bawa kereta petrol, diesel atau elektrik, cuaca panas menuntut tabiat penjagaan yang lebih teliti.
Untuk servis berkala dan pemeriksaan profesional, kunjungi mana-mana cawangan Cycle & Carriage di seluruh Semenanjung Malaysia, atau layari ccb.mercedes-benz.com.my untuk maklumat lanjut.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
The post 3 Perkara Penting Perlu Diawasi Pada Kereta Ketika Cuaca Panas Seperti Sekarang appeared first on Maskulin.