
October 31, 2025
Piala Seri Endon Jadi Perbualan, Kecantikan Sempurna Tanpa Perlu Penapis
Acara penuh gaya dan elegan, Piala Seri Endon 2025, bukan sahaja meraikan keindahan seni batik Malaysia yang menjadi kebanggaan negara, malah mencipta satu detik istimewa apabila Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menjadi tumpuan utama lensa kamera. Aura kelembutan dan keanggunan Baginda terserlah menerusi kulit wajah yang berseri, sihat dan semula jadi seolah-olah tidak memerlukan sebarang penapis untuk kelihatan sempurna.
Rahsia di sebalik seri itu bukan lagi misteri. Di sebalik kulit wajah yang memukau itu ialah serum inovatif terbaharu NIVEA – LUMINOUS630 Skin Glow, produk yang kini menjadi fenomena global dalam dunia kecantikan.
Hadiah Eksklusif Bertaraf Diraja
Dalam majlis berprestij tersebut, Baginda menerima kotak hadiah eksklusif ‘NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow’ yang direka khas bersempena tahun kelima berturut-turut NIVEA menjadi rakan penjagaan kulit rasmi acara tersebut. Hadiah itu disampaikan sendiri oleh Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.

Kotak istimewa itu bukan sekadar membungkus serum biasa. Ia menampilkan cermin imbas wajah inovatif dalam kotak aksesori bermotif batik biru, lambang perpaduan antara warisan budaya dan teknologi kecantikan moden. Apabila digunakan, cermin itu mendedahkan hakikat yang telah lama menjadi rahsia umum: kulit Tuanku Zara yang berseri, anjal dan memancarkan aura elegan.
Serum Pintar Dengan Hasil Dalam 3 Hari
“Selama lebih 100 tahun, NIVEA terus memacu inovasi dalam penjagaan kulit. LUMINOUS630 Skin Glow Serum adalah penemuan terbaharu kami yang memberi hasil ketara dalam hanya tiga hari. Teksturnya yang ringan berasaskan air menyerap pantas dan sesuai dipakai di bawah solekan. Ia bukan sahaja meningkatkan keyakinan, malah memberi keserian segera,” jelas Dr. Vierhaus.

Diperkaya dengan Thiamidol yang dipatenkan, 60 kali lebih berkuasa daripada Vitamin C. Serum ini mampu memudarkan bintik hitam dan mencerahkan tona kulit secara menyeluruh. Gabungan Niacinamide membantu memperhalusi liang pori manakala Aloe Vera bertindak melembapkan dan menenangkan kulit, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.
Apabila digandingkan dengan NIVEA LUMINOUS Liquid Refiner, kombinasi ini memberikan 4X Glow Effect secara klinikal, menjadikan kulit lebih licin, cerah dan berseri tanpa perlu penapis kamera.
Lebih Daripada Sekadar Penjagaan Kulit
Menurut Dr. Vierhaus lagi, penglibatan NIVEA dalam Piala Seri Endon bukan sekadar penajaan. “Bagi kami, ia tentang meraikan detik bermakna – daripada memperkasakan individu untuk tampil yakin berseri hingga ke penghormatan diraja seperti ini. Bersama Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), kami membawa nilai teras CARE bukan sahaja pada kulit, tetapi juga kepada budaya, seni dan komuniti.”
Kerjasama selama lima tahun berturut-turut ini membuktikan komitmen NIVEA bukan sahaja sebagai peneraju global dalam penjagaan kulit, tetapi juga sebagai rakan budaya yang menyokong warisan Malaysia.
Dari Istana Ke Dalam Rutin Kecantikan Anda
Kini, serum yang menjadi pilihan selebriti global dan mencuri perhatian diraja boleh dimiliki oleh semua wanita. NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum kini boleh didapati di semua cawangan Watsons seluruh negara, membolehkan setiap wanita merasai pengalaman kulit glowing sebenar tanpa penapis, tanpa kompromi.
🌐 Untuk maklumat lanjut, layari facebook.com/mynivea atau nivea.com.my.



















