Back To Artikel
category
By Norhasliza Mohd Shafi

June 16, 2025

Tip Bijak Simpan Barang Empat Anak Perempuan, Wanita Ini Kongsi Caranya

Tip bijak simpan barang empat anak perempuan, wanita ini kongsi caranya. Membesarkan lima anak perempuan tentunya menuntut kreativiti yang tinggi dalam pengurusan ruang, terutama apabila melibatkan penyimpanan barang sekolah, pakaian, dan keperluan harian mereka.

Tip Bijak Simpan Barang Lima Anak Perempuan, Wanita Ini Kongsi Caranya

Seorang ibu berkongsi caranya yang praktikal dan menjimatkan ruang, bagaimana dia mengatur kediamannya supaya semua anak-anaknya selesa dan barangan mereka teratur. Pendekatannya bukan sahaja menjimatkan bilik, malah memupuk sifat tanggungjawab dalam kalangan anak-anaknya.

Dalam perkongsian tersebut, ibu ini memutuskan untuk menjadikan bilik utama (master bedroom) sebagai ruang bersama untuk empat orang anak perempuannya. Manakala anak sulung diberikan bilik asing untuk privasi.

Semua barang milik keempat-empat anak tersebut disusun dan disimpan dalam bilik utama sahaja. Ini termasuk pakaian, buku sekolah, beg, dan aksesori peribadi. Walaupun berkongsi bilik, mereka tetap mempunyai ruang dan sistem tersendiri agar tidak berlaku kekeliruan atau pertindihan barang.

Simpan beg ‘jalan-jalan’ anak-anak di dalam almari.

Strategi Penyusunan Barang Yang Sistematik

Antara strategi penting yang digunakan termasuklah meletakkan setiap barang di lokasi tetap mengikut anak, supaya lebih mudah dicapai dan dikenalpasti. Ini juga memudahkan rutin harian mereka, khususnya semasa bersiap ke sekolah.

Ini segala costume anak-anak untuk apa-apa event.

Susun atur dalam bilik utama dibuat dengan teliti, mungkin menggunakan rak berasingan, laci atau label khas untuk setiap anak, agar barangan tidak bercampur. Ini mengajar mereka tentang pentingnya menyimpan barang sendiri dengan teratur dan bertanggungjawab ke atas barang masing-masing.

Buku-buku dan beg-beg sekolah semua di almari ini. Beg sekolah berat-berat jadi perlu tempat yang kukuh untuk letak dan simpan.

Manakala bilik anak sulung dijadikan ruang peribadi, mungkin kerana keperluan umurnya yang lebih matang atau kerana sudah memasuki peringkat persekolahan atau pengajian yang berbeza. Ini menunjukkan ibu tersebut peka terhadap keperluan individu setiap anak meskipun dalam ruang rumah yang terhad.

Laci putih itu masing-masing dapat satu untuk buku-buku sekolah, sekali jadual sekolah di situ.
Baju sekolah mereka dalam almari. Perlu letak partition nama setiap orang.

Bijak Mengurus, Keluarga Bahagia

Ruang yang terhad bukanlah halangan untuk mencipta persekitaran rumah yang teratur dan kondusif buat anak-anak. Dengan pendekatan yang bijak, penuh kesabaran dan kreativiti, ibu ini berjaya memastikan semua anaknya mempunyai ruang simpanan sendiri walaupun berkongsi bilik.

Ia bukan sahaja menjadikan rumah lebih kemas, malah membantu anak-anak belajar mengurus barang peribadi dan hidup secara teratur sejak kecil. Ini adalah inspirasi buat ibu bapa lain yang menghadapi cabaran sama dalam mengurus keluarga besar dalam ruang yang sederhana.

Sumber: Facebook Nani Idayu 

Baca artikel lain juga: Transformasi Bilik Tidur Utama Konsep Modern English, Pintu Tandas Tersorok Dalam Almari

Cantik Dekorasi Mewah Bilik Tidur AAISYAH DHIA RANA Bak Hotel 5 Bintang!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

The post Tip Bijak Simpan Barang Empat Anak Perempuan, Wanita Ini Kongsi Caranya appeared first on Impiana.