
September 23, 2025
‘Penyewa Dari Neraka’, Tiga Bulan Tak Bayar Sewa, Bil Elektrik Tertunggak, Rumah Penuh Najis Kucing
‘Penyewa dari neraka’, tiga bulan tak bayar sewa, bil elektrik tertunggak, rumah penuh najis kucing. Setiap tuan rumah pasti mengharapkan penyewa yang baik dan bertanggungjawab, namun tidak semua bernasib baik.
‘Penyewa Dari Neraka’, Tiga Bulan Tak Bayar Sewa, Bil Elektrik Tertunggak, Rumah Penuh Najis Kucing
Menurut perkongsian wanita dikenali sebagai Hunny Mahadi, dia tidak menyangka terpaksa berdepan “penyewa dari neraka” di rumah yang disewakannya. Penyewa berkenaan bukan sahaja gagal melunaskan bayaran sewa lebih tiga bulan, malah meninggalkan bil elektrik tertunggak mencecah RM1,300.
Lebih mengejutkan, penyewa itu sanggup menukar mangga pintu di tingkat atas dan bawah rumah bagi menghalang tuan rumah masuk, walaupun telah lama gagal membayar sewa.
Antara kerosakan yang ditinggalkan pula memang sukar diterima akal, rumah dipenuhi lipas dan najis kucing, langsir berbau hancing, lantai vinil tercabut, kertas dinding koyak, malah cermin keselamatan turut pecah. Rumah yang dahulu cantik kini berubah seperti rumah terbiar.
KEADAAN RUMAH SEBELUM DISEWAKAN:
KEADAAN RUMAH SELEPAS DISEWAKAN:
Lebih memeningkan, penyewa terbabit pernah cuba mencagar kereta milik bapanya sendiri dengan alasan ia kepunyaan dia. Namun, selepas kisah sebenar terbongkar, tuan rumah pula yang diugut agar memulangkan kereta tersebut kerana bapa penyewa mendakwa ia dicuri.
Paling tidak boleh diterima, penyewa itu masih sempat meminta diskaun sewa rumah dengan alasan kontrak dua tahun, walhal belum setahun pun sudah mula culas membayar sewa.
“Tuan rumah yang baik jangan terlalu percaya pada air mata simpati. Screen tenant betul-betul, sebab kalau silap pilih, beginilah jadinya,” pesan pemilik rumah berkenaan.
Tambahnya lagi, selepas penyewa diusir, dialah yang terpaksa mengeluarkan kos besar untuk membaiki segala kerosakan.
Sebagai pengajaran, beliau menegaskan agar semua tuan rumah lebih berhati-hati dalam memilih penyewa pada masa akan datang, kerana kebaikan tanpa batas kadang kala hanya mengundang masalah.
Sumber: Facebook Hunny Mahadi
Baca artikel lain juga: Penyewa Dari Neraka Larikan Tingkap, Bumbung Dan Pintu Rumah
Pempengaruh Luah Kecewa Penyewa Rumah Enggan Bayar Sewa, Siap Tuduh Tuan Rumah Penceroboh
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.