Back To Artikel
category
By Putri

June 16, 2025

Ruang Teduh Bukan Sekadar Tempat Tinggal: Kediaman Ini Serlah Gaya Tenang, Moden & Timeless

Terletak di Semenyih, Kajang, kediaman milik Shida Mohammad ini bukan rumah biasa. Ia adalah refleksi personaliti, ketenangan dan nilai estetika yang mendalam. Dengan keluasan 4000 kaki persegi dan kos renovasi sekitar RM800k, rumah ini merupakan hasil gabungan idea, inspirasi dan cinta terhadap seni hias dalaman yang tidak terikat dengan trend semasa, sebaliknya, memfokuskan kepada nilai ‘hidup’ dan keselesaan berpanjangan.

Gabungan 3 Konsep: Natural, Mediterranean & Coastal

Shida menggabungkan konsep Black Natural Organic, Modern Mediterranean dan Modern Coastal dalam satu naratif ruang yang harmoni. Tingkat bawah ditekankan dengan unsur natural.

 

Proses Renovasi: Satu Perjalanan Panjang, Tapi Berbaloi

Renovasi rumah ini mengambil masa sekitar dua tahun, termasuk ubah suai struktur asas dan pemasangan kabinet. Namun bagi Shida, proses menghias dalaman adalah sebuah perjalanan yang berterusan. “Saya masih perlahan-lahan tambah apa yang perlu. Rumah ni projek yang tak pernah habis dan itu yang buat saya seronok,” katanya.

 

Keutamaan Dekorasi: Ruang Bernafas & Pencahayaan

Shida menekankan keselesaan dan aliran ruang sebagai aspek utama. Rumah ini direka untuk ‘bernafas’. Tidak sesak dengan perabot dan mudah untuk dibersihkan. Pencahayaan juga menjadi elemen penting dalam rumah ini, di mana pemilihan pencahayaan warm banyak memainkan peranan dalam mencipta suasana mesra dan damai.

Ruang Kegemaran

“Favorite spot saya ialah ruang tangga concrete curve dengan lighting warm. Walaupun nampak simple, tapi setiap kali naik turun, saya rasa macam dalam rumah Pinterest,” akui Shida.

Shida masih ada banyak perancangan dekorasi untuk rumah ini. Antara yang terdekat termasuk:

– Penambahan stor simpanan untuk menjimatkan ruang.

– Menyusun semula landskap supaya halaman rumah lebih ceria dan hidup.

– Dan mungkin, satu hari nanti, ubah keseluruhan konsep kepada Modern Mediterranean secara penuh.

Kediaman ini bukan sahaja mencerminkan cita rasa, tetapi juga perjalanan pemiliknya membina sebuah ruang yang benar-benar dipanggil rumah.

Nama Pemilik :  Shida Mohammad

Usia Kediaman : 2 Tahun

Konsep Hiasan Dalaman : Black Natural Organic, Modern Mediterranean, Modern Coastal

Lokasi : Semenyih Kajang

Keluasan Kediaman : 4000sqft

Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah : RM 800k

Jenis Kediaman: Banglo

Nyatakan Spesifikasi Ruang Kediaman :

(1 Dapur,2 Bilik tidur, 2 Bilik Air, Balkoni, Ruang Tamu, )

Baca artikel lain juga: Ubahsuai Bilik Siling Tinggi Bina Loteng, Makeover Rumah Teres Lama Usia 35 Tahun

Artikel lain: Ubah Suai Indoor Laundry & Dapur Basah, Tak Perlu Risau Baju Kena Hujan

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

The post Ruang Teduh Bukan Sekadar Tempat Tinggal: Kediaman Ini Serlah Gaya Tenang, Moden & Timeless appeared first on Impiana.