Back To Artikel
category
By Norhasliza Mohd Shafi

August 7, 2025

Lebih 3,000 Pokok Durian Musang King, IOI, D24 Ditebang, Hutan Simpan Di Ceroboh

Lebih 3,000 pokok durian Musang King, IOI, D24 ditebang, hutan simpan di ceroboh. Lebih 3,000 pokok durian yang ditanam secara tidak sah dalam kawasan Hutan Simpan (HS) Gunung Benum, Raub, Pahang telah ditebang dalam tempoh 18 hari menerusi ‘Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Tanaman Durian’ yang bermula sejak 21 Julai lalu.

Lebih 3,000 Pokok Durian Musang King, IOI, D24 Ditebang, Hutan Simpan Di Ceroboh

Langkah tegas itu dilaksanakan susulan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu kegiatan pencerobohan tanah di negeri itu segera dihentikan.

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Zainuddin Jamaluddin, operasi ini melibatkan kawasan seluas 250 hektar dan akan dijalankan secara berterusan selama dua bulan.

Lebih 3,000 Pokok Durian Musang King, IOI, D24 Ditebang, Hutan Simpan Di Ceroboh

Pokok Buah Lain Turut Ditebang

Bukan hanya durian Musang King, D24, IOI dan durian kampung yang terlibat, malah pokok buah-buahan lain seperti petai, rambutan dan manggis juga turut ditebang kerana ditanam secara haram dalam hutan simpan terbabit.

Zainuddin menjelaskan, operasi kali ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan RELA.

“Aktiviti rondaan mengesan pihak yang menceroboh kawasan hutan simpan berkenaan dilakukan 24 jam.

Lebih 3,000 Pokok Durian Musang King, IOI, D24 Ditebang, Hutan Simpan Di Ceroboh

“Sejak operasi penguatkuasaan dilakukan, kita tidak dapat bantahan atau ancaman daripada pekebun, malah mereka akur dengan tindakan jabatan yang tegas memusnahkan tanaman mereka yang ditanam atas tanah diceroboh secara haram.

“Kita juga sudah mengedarkan notis pengosongan tanah penerokaan HS Gunung Benum yang dilakukan tanpa kebenaran pada 18 Julai lalu, dengan menyatakan pihak yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 32, Akta Perhutanan Negara 1984 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

50 Hektar Dusun Haram Dimusnahkan

Setakat ini, lebih 50 hektar dusun buah-buahan dalam hutan simpan itu telah dimusnahkan. Menurut Zainuddin, antara cabaran utama dalam operasi tersebut ialah kesukaran untuk masuk ke kawasan diceroboh kerana ia terletak di belakang tanah milik persendirian yang berpagar dan berkunci.

Lebih 3,000 Pokok Durian Musang King, IOI, D24 Ditebang, Hutan Simpan Di Ceroboh

Terdapat juga kes di mana pemilik tanah enggan memberikan kerjasama, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa memotong kunci pagar untuk memasuki kawasan tersebut.

“Kebanyakan kawasan ceroboh HS Gunung Benum terletak di belakang kawasan tanah milik, berbeza dengan kawasan ceroboh hutan simpan dan tanah kerajaan lain daerah ini.

“Pekebun tanah milik menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran pasukan operasi, sebahagian mereka tidak memberi kerjasama untuk melalui kawasan kebun dengan pelbagai alasan.

“Kebanyakan individu menceroboh HS Gunung Benum yang dijadikan kebun durian dan buah-buahan itu adalah masyarakat setempat dan sudah tiba masanya kita memusnahkan tanaman serta bangunan yang dibina itu.

“Kita tidak boleh tunduk dengan pihak yang mengambil kesempatan meneroka hutan simpan dan tanah kerajaan,” tegasnya.

Operasi ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dan pihak berkuasa dalam memastikan kawasan hutan simpan kekal terpelihara serta bebas daripada aktiviti pencerobohan dan penerokaan haram.

Sumber: Berita Harian

Baca artikel lain juga: Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah

Kulit Durian Jangan Dibuang, Boleh Buat Baja Cecair Untuk Siraman

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.