Back To Artikel
category
By Suhaidah Wahab

August 7, 2025

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap ‘Outdoor Kitchen’ Dapat Diperbaiki Semula

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap ‘Outdoor Kitchen’ Dapat Diperbaiki Semula. Memilih tukang kena lebih berhati-hati dan pantau hasil kerjanya. Bukan apa, tersilap pilih, dapat tukang yang buat kerja asal boleh dan sambil lewa dengan kualiti kerja teruk, tak setimpal dengan apa yang dibayar.

Perkongsian daripada Nurul Sahida Anuar ini boleh dijadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati dalam memilih tukang rumah. Tersilap pilih memang sakit hati dibuatnya kena hadap hasil kerja yang tak kemas dan tak memuaskan hati.

Pemilik telah melantik tukang untuk membina ‘outdoor kitchen’ di rumah. Namun menerusi gambar-gambar dan video yang dikongsikan, hasilnya memang mengecewakan.

“Nak tanya kalau finishing macam ni masih boleh repair ke? Kami hold duit tukang 4% dalam rm500 saja tapi tukang bagitau kerja dah siap, yang repair-repair ni nak dia repair kena bayar full payment.”

“Tukang ni ada SSM tapi tak ada cidb.. Jadi saya panggil dia tukang je sebab tak ada lesen CIDB & tak ade lesen g kontraktor.”

Ada minta dia betulkan bumbung bocor tanya buat macam mana pun jawapan dia “part dia dah setel, takde bocor dah” tu je..kami cuma nak tau apa yang dia buat sebab kami ada roof tiles tapi tak diusik.

“Kerja-kerja lain boleh tengok dalam video/ gambar.. Ada sesiapa boleh bagi suggestion macam mana nak repair? dan berapa harga kalau nak repair balik semua ni?”

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula

Tukang boleh buat kerja-kerja awning juga..jadi, kami ingat kerja-kerja besi dia kemas tapi dapat macam ni..nak tutup bahagian skru dekat pintu tu & potongan acp tu pakai apa yang elok?

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula

Kat sini banyak part yang cat tak rata, boleh nampak besi padahal kami minta cat anti rust + cat besi.

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula

Sini untuk letak mesin basuh, tapi mesin basuh tak muat sebab ada paip & frame pintu tu..kalau buang frame pintu boleh kan? Ukuran mesin basuh dah bagi siap-siap sebelum tukang buat formwork.

Lagi 1, paip upvc tak potong & tak letak floor grating..memang owner kena bagitau satu-satu ke kena pasang grating semua?

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula

Muat je letak tile kat tepi tu cuma bahagian bawah kena potong, tapi tukang kata susah nak buat.

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula

Tepi kiri tu tempat mesin basuh, yang ada sinki ni table top biasa..tapi semua part kat atas tile banyak kosong..minta tukar semua kat table top atas je, bahagian mesin basuh tak yah tapi tukang tukar 3 pcs je dari 5 pcs.

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula

Mula-mula dalam sketch dah bagitau table top lebar 600mm so tile just guna 1 je tak ade sambung-sambung tapi formwork pun dah terlebih, tutup mata je.

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula

Kipas tak jalan, ada yang tau kenapa?

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula

Tile susunan herringbone senget, tapi nampak masa tukang dah pasang 20++ pcs tile, kesian so pejam mata je la..& ada berapa part tile kosong, tapi lebih risau bahagian table top so part lantai kami diam je.

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula

Tukang tengok site dulu sebelum bagi harga..sini manhole tak pasang frame manhole, memang owner kena bgtau satu-satu ke?

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula

Pagar ni kerja tukang lama tapi tak selesai, minta tukang baru ni gosok bata bagi bersih dari sisa simen, cat tembok & cat bata semua part yang belum buat..gambar ni siap gosok & cat semua..boleh terima tak hasil macam ni?

Kualiti Teruk Kerja Asal Boleh, Tuan Rumah Kecewa, Harap 'Outdoor Kitchen' Dapat Diperbaiki Semula

Part jiran belakang buat la jugak, part jiran tepi langsung tak usik..tak cat tembok, tak cat bata🤦.Dah bagitau yang mana tak cat, cat..memang owner kena tunjuk setiap satu-satu panel ke?

IMPIANA: Kasihannya pemilik kediaman ini, hasil kualiti kerja untuk ‘outdoor kitchen’ yang diimpikan sangat teruk dan tak memuaskan hati. Tukang buat kerja asal boleh je. Semoga pemilik kediaman buat tindakan lanjut, failkan pada Tribunal Tuntutan Pengguna.

Mesti Baca: Elak Kena Tipu Kontraktor Atau Tukang Rumah, Lelaki Ini Kongsi Tip Berdasarkan Pengalaman
Baca Lagi Di Sini: Ubah Suai Rumah, Penting Bayar Ikut Progress Kerja Elak Risiko Ditipu Kontraktor
Artikel Menarik: Chef Wan Ditipu Kontraktor, Bayar RM420,000 Kos Ubah Suai Rumah Ibu Terbengkalai

Sumber: Nurul Sahida Anuar via Tukang Apa Hari Ini