
September 22, 2025
ANJU , Port Beli Pinggan Mangkuk Cantik Harga Borong
Jika anda mencari barangan rumah yang estetik dan berkualiti atau hadiah yang boleh disesuaikan untuk acara istimewa, ANJU adalah pilihan yang tepat.
Anjumy.official (juga dikenali sebagai ANJU アンジュ) ialah jenama gaya hidup dari Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan rumah dan hadiah korporat dengan sentuhan moden dan estetik. Mereka terkenal dengan rekaan yang sesuai untuk dekorasi rumah, kafe, dan acara istimewa.
Showroom Baru, Lebih Luas & Lengkap
Dengan ruang pameran yang lebih besar dan tersusun, pengunjung boleh melihat dan menyentuh sendiri pelbagai koleksi menarik yang ditawarkan. Rekaan susun atur showroom juga dinaik taraf untuk pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan eksklusif.
Apa Yang Menarik di ANJU?
-Peralatan Dapur & Makan: Pinggan, mangkuk, cawan, dan dulang dalam pelbagai gaya seperti Nordic, Jepun, moden dan kaca.
-Hadiah Korporat & Peribadi: Set hadiah yang boleh disesuaikan untuk majlis perkahwinan, acara korporat dan lain-lain.
– Perkhidmatan Ukiran Laser: Menawarkan perkhidmatan ukiran laser pada pelbagai permukaan seperti pinggan, cawan dan dulang, sesuai untuk penjenamaan restoran atau hadiah peribadi.
Kelebihan membeli-belah di ANJU
✔️ Harga borong & mesra bajet
Walaupun nampak eksklusif, anda boleh beli pada harga borong. Sesuai untuk individu, peniaga kecil atau mereka yang nak dekor majlis.
✔️ Penghantaran mudah & pantas
Tak sempat datang? Jangan risau – ANJU boleh hantar terus ke pintu rumah anda.
✔️ Ready stock – beli, terus boleh guna!
Tak perlu tunggu pre-order. Semua barang ada ready stock – sesuai untuk anda yang perlukan cepat.
Tahniah kepada ANJU Kitchenware & Gift Solution Sdn Bhd atas kejayaan tersenarai dalam Malaysia Book of Records. Mereka telah mencatat rekod sebagai syarikat yang menjual paling banyak mangkuk hidangan (dinnerware bowls) dalam setahun, sebanyak 534,829 unit. Satu pencapaian luar biasa dalam industri peralatan dapur tempatan. Terbukti jenama ANJU semakin diyakini dan menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia.
ANJU bukan sekadar tempat beli barang dapur, ia adalah lokasi wajib bagi sesiapa yang mahukan vibe rumah estetik, kualiti premium tapi harga mesra poket. Sama ada anda peminat gaya Japandi, minimalis moden atau rustic natural, pasti ada sesuatu untuk anda di sini.
Jangan tunggu lama – datang sendiri ke ANJU atau buat tempahan secara online. Barang cantik, harga berbaloi, pengalaman premium.
📍 Lokasi & Waktu Operasi
– Alamat: Lot 816A, Jalan Khalifah Zakaria 2, Kampung Paya Jaras Dalam, 40160 Shah Alam, Selangor. [3]
– Waktu Operasi:
– Isnin – Jumaat: 9 pagi – 5 petang
– Sabtu: 9 pagi – 1 petang
Mesti Baca: NABIL AHMAD Imbau Kenangan Tinggal Rumah Kampung, Pasang Niat Bina Madrasah
Baca Lagi Di Sini: Nabil Ahmad Labur RM500k Tukar Rumah Pusaka Jadi Madrasah, Realisasikan Impian Ibu
Artikel Menarik: Bapa Bina Semula Rumah Kayu Lama Bernilai RM500k Untuk Majlis Sanding Anak
Follow kami diWEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.