
August 11, 2025
Cantik Rumah Rehat NABIL AHMAD, Luas & Lapang Berkonsep Terbuka!
Memang cantik rumah rehat hujung minggu yang baru sahaja siap, milik pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad ini. Terletak di Kg Dong, Raub, Pahang dan menariknya dikelilingi dusun durian. Cukup luas dan lapang serta berkonsep terbuka. Rumah rehat Nabil juga berhampiran rumah kebun milik selebriti Sharifah Shahirah@Shieraijoy dan Dato Fizz Fairuz.
Mini House Tour
Dalam perkongsian terkini di Instagram Zira Ayub, yang merupakan isteri kepada Nabil Ahmad ada berkongsi video pendek beberapa ruang di dalam rumah seperti ruang tamu, ruang solat, dapur dan sebagainya.
Paling mencuri perhatian pastinya ruang tamu yang berhadapan pohon menghijau serta mempunyai banyak pintu dan tingkap yang besar sekaligus memberi pencahayaan dan pengudaraan semula jadi di dalam rumah. Cukup tenang dan mendamaikan apabila menghirup udara segar dan dikeliling kehijauan semula jadi.
Ruang Dapur Cantik!
Begitu juga dengan dekorasi dan pemilihan material di ruang dapur yang sangat cantik. Gandingan kemasan marmar pada table top dan pintu kabinet ‘solid wood’ menyerlahkan ruang dapur ini. Di penjuru ruang dapur juga menempatkan ‘breakfast nook’ dan tingkap yang luas bagi melihat permandangan sambil menikmati hidangan. Memang terbaik!.
Rumah rehat ini juga mempunyai laman yang cukup luas. Nabil sendiri merebut peluang bercucuk tanam dengan menanam pelbagai jenis pokok seperti pokok durian dan membela ikan air tawar sendiri di dalam kolam di laman rumah.
Jom kita tengok dekorasi rumah yang dikongsikan, semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain.
View this post on Instagram
Mesti Baca: NABIL AHMAD Imbau Kenangan Tinggal Rumah Kampung, Pasang Niat Bina Madrasah
Baca Lagi Di Sini: Nabil Ahmad Labur RM500k Tukar Rumah Pusaka Jadi Madrasah, Realisasikan Impian Ibu
Artikel Menarik: Bapa Bina Semula Rumah Kayu Lama Bernilai RM500k Untuk Majlis Sanding Anak
Follow kami diWEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.