
July 22, 2025
Hasil Tanam Serai, Lelaki Ini Bina Rumah Lebih RM600k Tunai Untuk Mak
Hasil tanam serai, elaki ini bina rumah lebih RM600k tunai untuk mak. Disebabkan permintaan yang konsisten di pasaran, projek tanam serai kini menjadi pilihan ramai usahawan tani, termasuk golongan muda yang ingin menceburi bidang pertanian moden.
Hasil Tanam Serai, Lelaki Ini Bina Rumah Lebih RM600k Tunai Untuk Mak
Ia tidak memerlukan penjagaan rumit, boleh ditanam di tanah lapang, batas mahupun dalam polibeg, menjadikannya tanaman yang sesuai untuk permulaan dalam dunia pertanian komersial. Jika diusahakan secara komersial, tanaman serai ini menjanjikan pendapatan lumayan.
Berikut perkongsian daripada Coach Bahar
Bila balik dari belajar di UK saya baru saja mula berkerja. Nak buat hutang dengan bank pun tak lepas sebab bank tak ada rekod sebelumnya.
Rumah di kampung sudah banyak anai-anai. Rumah dah lebih 50 tahun. Itu pun arwah mak cerita arwah atuk beli rumah orang yang dijual untuk buat rumah itu. Jadi memang perlu sangat buat rumah baru.
Saya tak ada duit. Jadi saya fikir apa option saya nak buat rumah mak cepat. Jadi saya cuba tanam serai. Mula-mula saya tanam tiga ekar. Sampailah akhirnya saya ada 18 ekar serai.
Cerita serai ini macam cerita yang lain juga. Ramai buat projek lintah, projek keli, projek baja cacing. Tapi banyak juga kecundang.
SAYA MULAKAN PROJEK PERTANIAN SAYA 20 TAHUN DULU DARI PROJEK SERAI. SETIAP TANAMAN PERLU ADA KIRAAN MATEMATIKNYA. JANGAN MAIN HENTAM SAJA. SATU EKAR 43,500 KAKI PERSEGI DAPAT 7500 RUMPUN BILA DITANAM 2 KAKI X 3 KAKI SETIAP JARAK SERAI. SERAI HIDUP ANTARA 4-6 BULAN IKUT PENJAGAANNYA.
7500 rumpun x 2 kg setiap rumpun. Jangan pula tak membaja. Tak boleh buat formula 7T (Tanam Tak Tengok Tengok Tungg Tau Tuai) memang tak jadi apa.
Dalam 6 bulan paling lama potensi income 14 ribu kilo x RM2 harga borong. Dapatlah RM28000 untuk sekar. Itu cerita masa itu. Sekarang dah harga borong pun RM4.30 sekilo.
Masalah besarnya adalah pada petani adalah marketing. Ini masalah berkurun lamanya. Kalau dulu saya akui ada masalah sebab kita cuma tinggal kat kampung. Tak akan nak beli lori angkat sayur kita. Jadi perlukan pemborong. Itu cerita atok nenek kita.
Sekarang petani dah boleh pasarkan sendiri hasil pertanian mereka. Hantar kat mana pun, kebun kat Muar boleh jual kat mersing, alor star dan ke mana je. Ada LALA MOVE ada Gdex dan kemudahan media sosial yang tidak membatasi masa.
Tanam sajalah keladi, keledik, pandan, bunga kantan, halia, cekur. Asalkan tanam. Sayang kalau ada aset tapi mati dan terbiar begitu saja. Apa pun semua sebab doa mak. Saya buat rumah mak lebih 600K tanpa loan dengan duit tunai hasil tanam serai. Al-Fatihah buat Hajjah Noriah Othman.
Sekarang saya buat produk balm serai. Baik untuk disapu bila sakit kepala, kaki dan bila diurut. Terima kasih menyokong bisnes kecil saya. Satu botol harganya RM10 sahaja. Beli 5 percuma 1 lagi.
Kesimpulannya, projek tanam serai menawarkan peluang yang besar dalam sektor pertanian dengan risiko yang agak rendah. Apa yang penting ialah kesungguhan, ilmu asas pertanian dan strategi pemasaran yang baik. Jika diusahakan dengan tekun, serai bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan sampingan, malah berpotensi menjadi sumber pendapatan utama yang stabil.
Sumber: Coach Bahar
Baca artikel lain juga: Buah Rosel Banyak Gunanya, Boleh Buat Jus, Jem & Sabun, Sumber Antioksidan
Inovasi Sabun Melon Homemade, Segar, Wangi & Sarat Khasiat Untuk Kulit
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.