Back To Artikel
category
By Norhasliza Mohd Shafi

July 18, 2025

Inovasi Sabun Melon Homemade, Segar, Wangi & Sarat Khasiat Untuk Kulit

Inovasi sabun melon homemade, segar, wangi dan sarat khasiat untuk kulit. Satu lagi pencapaian membanggakan dari hasil tangan anak tempatan. Kali ini, inovasi datang daripada Syamilla, pelajar bidang bioteknologi yang berjaya menghasilkan produk sabun mandi berasaskan buah melon.

Inovasi Sabun Melon Homemade, Segar, Wangi & Sarat Khasiat Untuk Kulit

Menariknya, keluarga beliau sendiri telah lama mengusahakan tanaman melon secara kecil-kecilan, dan kini buah tersebut dimanfaatkan ke tahap lebih tinggi, dijadikan sabun homemade yang bukan saja wangi, tetapi penuh manfaat untuk kesihatan kulit.

Inovasi Sabun Melon Homemade, Segar, Wangi & Sarat Khasiat Untuk Kulit

Sabun melon ini bukan calang-calang. Hasil kajian dan ujian penggunaan oleh 200 individu membuktikan keberkesanannya. Hampir semua yang mencubanya memberikan maklum balas positif dan menyatakan minat untuk membelinya kerana tertarik dengan aroma segar melon yang sangat menyenangkan.

Dengan harga melon yang mahal, sabun ini bernilai RM50 seketul, namun untuk promosi istimewa, ia ditawarkan hanya RM10 seketul. Lebih menarik, setiap pembelian lima ketul akan menerima satu sabun madu secara percuma.

Sabun melon homemade ini kaya dengan manfaat antaranya:

Inovasi Sabun Melon Homemade, Segar, Wangi & Sarat Khasiat Untuk Kulit

✅ Melembapkan Kulit – Kandungan air melon yang tinggi (sekitar 90%) membantu memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering atau menggelupas.

✅ Kaya Antioksidan – Vitamin C dan beta-karoten di dalam melon membantu mengekalkan keanjalan serta kesihatan kulit dengan menyokong penghasilan kolagen dan memperbaiki sel kulit.

✅ Lambatkan Penuaan Kulit – Antioksidan melon membantu melindungi kulit daripada kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan garis halus dan kedutan.

✅ Merawat Jerawat Dan Radang Kulit – Vitamin A dan kelembapan semula jadi dari melon menyejukkan kulit serta mempercepatkan penyembuhan jerawat.

✅ Mencerahkan Kulit – Vitamin C berperanan mencerahkan tona kulit tidak sekata, mengurangkan kesan parut serta noda gelap.

✅ Digunakan Sebagai Masker Semula Jadi – Isi melon boleh dilenyek dan disapu pada wajah sebagai masker untuk menyegarkan dan menyerikan kulit.

Inovasi sabun melon ini membuktikan bagaimana hasil pertanian tempatan boleh dikembangkan menjadi produk kecantikan bernilai tinggi. Bukan saja membantu memanfaatkan sepenuhnya sumber yang ada, malah membuka peluang untuk pemasaran produk semula jadi yang lebih sihat dan mesra alam.

Bagi anda yang mencari alternatif sabun yang menyegarkan, berbau wangi dan kaya khasiat untuk kulit, sabun melon homemade ini mungkin pilihan terbaik anda.

Sumber: Coach Bahar       

Baca artikel lain juga: Buah Rosel Banyak Gunanya, Boleh Buat Jus, Jem & Sabun, Sumber Antioksidan     

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.