
April 9, 2025
Rumah Besar Tapi Deko Nampak Murah, Elak Pilih Barang Ini
Rumah besar tapi deko rumah nampak murah sayangnya… Bukan tiada bajet tapi pilihan perabot dan hiasan menyebabkan kediaman yang mahal pun boleh nampak serba tak kena.
Supaya tak membuat kesalahan yang sama, boleh gunakan tip yang dikongsi agar perkara sama tak terjadi kepada kediaman kita.
Tip elak deko nampak murah
1. Elak rak kasut tertutup
Elakkan menggunakan rak kasut jenis terbuka kerana ia akan kelihatan semak apabila kasut dihimpunkan secara selambak. Rumah kelihatan lebih terurus sekiranya koleksi kasut disimpan secara tertutup di dalam almari.
2. Pilih lukisan hiasan dinding saiz besar
Rumah akan bertambah serinya apabila lukisan hiasan yang menarik digantung pada dinding. Namun lukisan bersaiz besar lebih disarankan berbanding kecil.
Ia kerana lukisan hiasan bersaiz kecil cenderung untuk digantung secara berkelompok pada dinding sehingga menjadikan rumah nampak berserabut.
3. Jangan pakai langsir pendek
Langsir pendek yang hanya menutupi separa tingkap menyebabkan rumah kelihatan ‘terbantut’. Manakala langsir panjang yang meliputi tingkap secara menyeluruh adalah lebih elegan.
4. Wayar berselirat
Sebaiknya wayar dan kabel elektrik disorokkan di sebalik perabot atau langsir supaya tidak dapat dilihat dengan pandangan mata.
Jangan sesekali membiarkan wayar berselirat di atas lantai secara terbuka kerana boleh mencacatkan keindahan rumah anda.
5. Banyak warna
Jangan campurkan terlalu banyak warna untuk dalaman rumah, kelak akan kelihatan seperti premis taska dan restoran tomyam. Utamakan warna neutral seperti kelabu, hitam dan putih.
6. Pakai lampu putih
Sudah tamat zaman menggunakan lampu putih yang kelihatan kosong, lampu LED dengan warna kekuningan menjadikan rumah lebih moden.
Sumber: Mstar