
March 12, 2025
Drill Dinding Tapi Tak Bising, Ada Caranya. Kena Guna Mata Jenis Ini
Drill dinding untuk gantung perhiasan, rak dan sebagainya antara yang biasa kita lakukan sendiri. Kerja mudah, memang boleh sangat DIY saja.
Cuma waktu nak buat kerja ini kena tengok masa juga takut ganggu jiran dengan bunyi bising. Kadang-kadang buat waktu cuti pun ada jiran merungut kerana kerja menggerudi dinding akan menyebabkan kebisingan.
Tapi ada tip yang boleh kita guna untuk mengurangkan bunyi serta menjadikan kerja menebuk dinding lebih mudah. Berkongsi tip ini, menurut Wak Saien caranya adalah dengan memastikan mata drill yang kita guna betul.
Boleh guna mata drill yang dicadangkan oleh beliau ini.
Drill dinding guna ‘mata’ jenis ini
Untuk tebuk dinding konkrit dicadangkan guna mata jenis ini atau Ceramic Tile Mosaic Drill Bit
Jika mahu menggantung frame, penyangkut baju, mudah sangat. Tiada masalah kalau orang perempuan sendiri nak buat. Bunyi tak bising, tak ganggu jiran, tangan sebelah pun boleh. Malah harga pun murah tak sampai RM10.
Info: Mata ini digunakan untuk ceramic dan tiles namun boleh juga untuk tebuk dinding konkrit dan simen. Cuma ia mungkin haus kalau tebuk banyak lubang, boleh standby mata ganti. Tapi berbaloi sebab mudahkan kerja dan tak bising.
Sumber: Wak Sein
Mesti Baca: Pening Kepala Nak Beli “Drill” Yang Sesuai, Setiap Jenis Kegunaan Berbeza
Baca Lagi: Trik “Drill” Tiles Atau Jubin Tak Pecah Dan Hasilnya Lebih Kemas!
The post Drill Dinding Tapi Tak Bising, Ada Caranya. Kena Guna Mata Jenis Ini appeared first on Impiana.